• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Puji Langkah Malaysia Anjur Sidang Kemuncak KL

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji langkah Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang disifatkannya permulaan memperkasakan kerjasama dalam kalangan negara Islam.

Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa yang berjaya mengumpul wakil negara Islam dari seluruh dunia, beliau berkata, jelas sekali penganjuran itu satu langkah proaktif dan sebagai pemangkin bagi menangani banyak masalah membelenggu umat Islam terutama di Asia Barat.

“Usaha membawa persidangan Islam ke Asia Tenggara, jauh dari tempat yang banyak masalah adalah satu langkah baik kerana rantau ini lebih aman dan tenang berbanding Asia Barat. Saya ucapkan tahniah, ini sesuatu yang membanggakan.

“Kehadiran pemimpin besar dari Turki, Qatar, Iran dan Uzbekistan yang mewakili Asia Tengah sudah cukup sebagai bukti serta permulaan kerjasama memajukan negara dan umat Islam serta mencari jalan menyelesaikan masalah yang membelenggu ummah,” katanya.

Beliau ditemui media selepas perasmian Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Persidangan bertema ‘Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara’ sehingga Sabtu ini, mengumpulkan 450 pemimpin negara Islam dan tokoh-tokoh agama, cendekiawan, pemikir serta bijak pandai dari 56 negara untuk berbicara serta bertukar pandangan mengenai isu berkaitan dunia Islam.

Abdul Hadi berkata, beliau juga tertarik dengan kandungan agenda persidangan yang tidak hanya terhad kepada isu politik, tetapi turut mencangkupi isu pembangunan negara Islam, kemajuan sains dan teknologi serta kerjasama ekonomi yang sangat penting lagi mustahak pada masa ini.

Katanya, beliau dan PAS menyokong inisiatif penganjuran persidangan itu, malah turut mempromosikannya di luar negara melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kehadiran saya ini juga atas jemputan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sendiri. Beliau yang juga pengerusi persidangan ini menjemput saya secara peribadi,” katanya. – BH Online

Tags: Abdul Hadi Awangsidang kemuncak KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd