• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Akan Hadir Perhimpunan Agung UMNO

oleh
01/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – PAS hari ini mengesahkan presiden parti itu Abdul Hadi Awang akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 7 Disember ini di PWTC, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan, setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan yang mengesahkan perkara itu mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi atas jemputan ke majlis perasmian perhimpunan berkenaan.

“Dengan ini saya mengesahkan presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah bersetuju untuk menghadiri majlis tersebut bersama-sama dengan pimpinan tertinggi PAS dan pesuruhjaya negeri-negeri,” katanya.

“PAS amat yakin kebersamaan PAS dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam segala program serta tindakan akan mengukuhkan lagi persefahaman dan gerak kerja dalam Muafakat Nasional menuju ke arah kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara,” kata kenyataan itu lagi.

PAS dan UMNO mengumumkan kerjasama rasmi antara 2 parti itu pada 14 Sept lepas melalui inisiatif yang dikenali sebagai Muafakat Nasional, sekali gus menamatkan persengketaan politik mereka selama puluhan tahun.

Kerjasama itu antara lain menjadikan perpaduan orang Melayu, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai agenda penting perjuangannya. – FMT

Tags: Abdul Hadi Awangmuafakat nasionalPASPerhimpunan Agung UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd