• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji, Elaun Ahmad Zahid Sebagai TPM RM44,383.15

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima gaji dan elaun berjumlah RM44,383.15 sebulan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Julai 2015 hingga Mei 2018.

Setiausaha Bahagian (Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Daman Huri Nor, 55, berkata ketika memegang jawatan itu sejak 28 Julai 2015 hingga 9 Mei 2018, Ahmad Zahid menerima gaji hakiki RM18,168.15 sebulan manakala elaun RM26,215.

Katanya, gaji hakiki yang diterima Ahmad Zahid sebagai Menteri Persekutuan (Menteri Dalam Negeri) bermula 16 Mei 2013 sehingga 27 Julai 2015 adalah RM14,907.20 manakala elaun yang diperoleh berjumlah RM24,320.

“Elaun diterima Ahmad Zahid adalah berdasarkan ketentuan elaun dan keistimewaan bagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Persekutuan (pindaan hingga November 2014),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Alif Ali pada hari ke-12 perbicaraan kes Ahmad Zahid membabitkan 47 tuduhan termasuk 12 dakwaan pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 pengubahan wang haram berkaitan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Saksi ke-22 pendakwaan itu turut mengecam dokumen perakuan tentang kedudukan atau jawatan dipegang Ahmad Zahid dikemukakan kepadanya oleh Mohd Alif.

Sementara itu, saksi lain, Ketua Pegawai Eksekutif Armada Holdings Sdn. Bhd., Datuk Wasi Khan @Wasiyu Zama Israr Ahmad, 50, tidak bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad bahawa pinjaman dana Yayasan Akalbudi sebanyak RM10 juta kepada syarikat Armada Holdings Sdn. Bhd. adalah untuk pelaburan.

Rosal: Datuk setuju jika saya kata pelaburan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kepada Yayasan Akalbudi?

Wasi: Tidak setuju.

Rosal: Setuju jika saya katakan Ahmad Zahid mempunyai kepentingan dalam syarikat Armada Holdings Sdn. Bhd.

Wasi: Tidak setuju.

Semalam, Wasi berkata Ahmad Zahid meminjamkan dana Yayasan Akalbudi RM10 juta kepada syarikat Armada Holdings Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pengimport dan pembekal arang batu selepas diperkenalkan oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenal sebagai Datuk K.

Saksi ke-21 pendakwaan itu berkata pinjaman itu untuk pihaknya perlu modal berbayar RM10 juta sebagai memenuhi syarat minimum berdaftar untuk pembekal arang batu Indonesia bagi kontrak spot TNB Fuel Services Sdn Bhd.

Ahmad Zahid, 66, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 11 Februari depan. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteriyayasan akalbudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd