• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farhash Sifatkan Azmin Tak ‘Gentleman’

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – “Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2019 sekerat jalan belum habis dah lari buat sidang media memang tak ‘gentleman’, sindir Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sindiran itu dibuat Farhash Wafa Salvador susulan tindakan Mohamed Azmin mengkritik kepimpinan parti pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama di Kuala Lumpur petang semalam.

Turut hadir beberapa pemimpin PKR pro-Azmin termasuk Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua yang menjadikan majlis itu sebagai platform mengkritik dan meluahkan kekecewaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Mohamed Azmin bersama beberapa pemimpin PKR tidak menghadiri hari terakhir Kongres Nasional PKR 2019 di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka semalam.

Ianya susulan kekecewaan beliau terhadap Anwar yang didakwa gagal memenuhi janji bagi memastikan perjalanan perbahasan kongres berjalan tanpa sebarang unsur provokasi dan sindiran.

Farhash turut mengingatkan Mohamed Azmin bahawa Kongres Nasional PKR 2019 sudah menyediakan pentas seluas-luasnya untuk setiap pemimpin dan akar umbi bersuara, termasuk dirinya.

Beliau turut menempelak sikap Mohamed Azmin yang marah sampai merajuk sehingga lupa pemimpin diserang adalah Anwar sendiri.

“Janganlah hina parti dan semua ahli reformasi yang telah berjuang sama. Sampai jamuan makan malam pun tak ajak kami.

“Sudah-sudahlah tu meroyan di media, Datang mesyuarat jimat sikit daripada buat di rumah atau makan-makan di hotel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Farhash Wafa Salvador turut membidas Mohamed Azmin yang mempermainkan panggilan namanya dan mempersoalkan tempat kelahirannya sewaktu berucap di majlis makan malam semalam.

“Malaysia ini kan negara majmuk, jadi tidak hairanlah banyak nama pelik, lebih-lebih lagi saya darah kacuk, Tapi saya lahir di Ipoh Perak bukan Singapura,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Farhash Wafa SalvadorMohamed Azmin AliPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd