• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun Kritikal Mansuh Hanya Untuk Lantikan 1 Januari 2020

oleh
25/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penjawat awam yang menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sedia ada tidak akan terjejas dengan pemansuhan BIPK kerana perlaksanaan itu hanya melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, penerima sedia ada juga akan terus menikmati pembayaran BIPK secara khas untuk penyandang (KUP) mengikut kadar sedia ada seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 117 Tahun 2007 sehingga meninggalkan perkhidmatan.

Menurutnya, pegawai yang berkhidmat secara kontrak dan pelantikan semula melalui kontrak baharu secara terus-menerus dan tidak terputus tempoh perkhidmatannya juga masih layak menerima BIPK dalam perkhidmatan kontraknya.

“Walaupun beberapa elaun termasuk BIPK telah dimansuhkan, kajian elaun sentiasa dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh JPA.

“Kerajaan juga masih mempertimbangkan pemberian elaun jika terdapat mana-mana skim perkhidmatan disiplin tertentu yang memenuhi kriteria pemberian elaun yang ditetapkan,” kata JPA dalam satu kenyataan di sini hari ini.

JPA dalam masa sama menjelaskan, BIPK mula diperkenalkan semasa Sistem Saraan Baru (SSB) pada tahun 1992 dan kajian mengenai BIPK secara berterusan dilaksanakan setiap lima tahun bagi menentukan kewajaran pemberiannya.

Ujarnya, dalam tempoh 27 tahun perlaksanaan BIPK, sebanyak tiga kali kajian telah dilakukan iaitu pada tahun 1997, tahun 2001 dan yang terakhir ialah pada tahun 2007.

“Kajian terbaharu dilaksanakan pada 2019 mendapati kesemua 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan dengan BIPK tidak lagi menepati kriteria pemberian asal BIPK iaitu skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal kerana tidak lagi memenuhi kriteria ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatan yang sukar dilakukan.

“Dari segi prinsipnya, pemberian BIPK adalah tidak kekal serta boleh ditarik balik apabila skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal,” katanya.

Berita pemansuhan elaun kritikal yang turut membabitkan bidang perubatan tular semalam sehingga menimbulkan kegusaran penjawat awam.

Penamatan elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan 20 Disember 2019.

Sebanyak lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan antaranya ialah Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah, Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris, Bayaran Insentif Angkat Najis, Elaun Kritikal Doktor dan lain-lain.

Tags: BIPKelaun kritikalJPAPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd