• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Oktober Susut 6.7% Kepada RM90.6 Bilion

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah eksport pada bulan Oktober susut 6.7% kepada RM90.6 bilion tahun ke tahun berbanding RM97.1 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu menurut Jabatan Perangkaan.

Semua produk utama menyebabkan penurunan.

Petroleum mentah, yang menyumbang 2.1% kepada jumlah eksport, jatuh RM1.9 bilion kepada RM1.9 bilion berikutan pengurangan dalam kedua-dua volum eksport (-40.8%) dan nilai purata seunit (-16.4%), keluaran petroleum bertapis merosot RM1.8 bilion kepada RM4.9 bilion berikutan penurunan dalam kedua-dua nilai purata seunit (-16.3%) dan volum eksport (-13.0%).

Barangan elektrik dan elektronik (41.3% daripada jumlah eksport), menurun RM1.2 bilion (-3.2%) kepada RM37.4 bilion;
gas asli cecair menurun RM745.5 juta atau 17.1% kepada RM3.6 bilion berikutan penurunan dalam nilai purata seunit (-19.0%) walaupun volum eksport meningkat 2.4%; minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.2% daripada jumlah eksport), merosot RM572.5 juta (-9.3%) kepada RM5.6 bilion.

Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini menurun RM354.0 juta disebabkan oleh penurunan dalam kedua-dua volum eksport (-5.5%); kayu dan hasil keluaran kayu menurun RM84.6 juta kepada RM2.1 bilion; dan getah asli (0.3% daripada jumlah eksport) menurun RM14.7 juta atau 4.7% kepada RM300.0 juta disebabkan penurunan dalam volum eksport (-6.6%) walaupun nilai purata seunit meningkat 2.1%.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, dua destinasi utama eksport Malaysia bagi bulan Oktober 2019 adalah Singapura (15.4% daripada jumlah eksport) dan China (15.0% daripada jumlah eksport).

Eksport ke Singapura bernilai RM13.9 bilion mencatatkan peningkatan sebanyak RM550.0 juta (+4.1%) berbanding setahun yang lalu.

Berasaskan tahun ke tahun, import menurun RM7.0 bilion atau 8.7% daripada RM80.3 bilion.

Kesemua kategori utama import mengikut klasifikasi pengguna akhir & kategori ekonomi umum mencatatkan penurunan.

Bagaimanapun, eksport ke China bernilai RM13.6 bilion merosot RM1.7 bilion (-11.0%) berbanding bulan Okober 2018. jumlah eksport), menurun RM540.0 juta atau 48.6% kepada RM572.2 juta.

Tags: EKSPORTjabatan perangkaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

09/05/2026
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir...

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

17/04/2025
1

PUTRAJAYA: Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan mengeksport kelapa segar ke pasaran China menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd