• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dong Zong Jangan Melampau! – Hadi

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – PAS menyifatkan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang tetap mahu meneruskan persidangan isu tulisan jawi di Kajang esok sebagai tindakan tidak beretika dalam hidup bermasyarakat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Dong Zong diingatkan agar tidak melampaui batas.

“Ia bukan berkenaan kerajaan berlembut dengan mereka tetapi sikap mereka sendiri. Mereka faham tapi tindakannya seolah-olah mereka tidak faham, alam (tanah) mana mereka duduk.

“Alam Melayu atau alam Cina, atau alam media? Sepatutnya mereka faham mereka kini duduk di alam mana. Kalau ikan di laut tak akan pergi ke alam sungai. Kalau hanyut, mereka akan balik.

“Tetapi mereka terlalu jauh hanyut sedangkan mereka duduk di alam Melayu, bukan alam Cina. Bukan semua orang Cina begitu, saya tak hukum orang Cina tetapi puak ini sahaja, iaitu Dong Zong,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila di sini hari ini.

Ditanya adakah Dong Zong disifatkan sebagai rasis, Abdul Hadi berkata, orang ramai boleh menilainya sendiri.

Beliau turut menyifatkan Dong Zong hanya mementingkan bahasa kaumnya tanpa menghormati penduduk asal di sini, selain tidak menghargai budi orang di sini yang memberikan tempat kepada mereka.

“Mereka sangat melampau dan kita harap mereka berubah. Kalau mereka tidak merubah, akan jadi berapi.

“Sedangkan ada masyarakat Cina yang hidup bermasyarakat dan baik. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga,” jelasnya.

Mengulas mengenai cadangan sesetengah pihak agar Dong Zong diharamkan, Abdul Hadi menegaskan sekiranya pertubuhan itu berterusan melampau, ia adalah satu tindakan yang munasabah. – Sinar Harian

Tags: Dong ZongPAStulisan Jawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd