• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Buat Tak Senonoh, Anwar Sedia Beri Keterangan Segera

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia memberi keterangan kepada polis dengan kadar segera untuk membantu siasatan kes yang didakwa fitnah terbaharu terhadapnya.

“Merujuk kepada fitnah terbaharu terhadap saya, saya berterima kasih kepada polis kerana menyegerakan siasatan. Ingin ditegaskan saya bersedia memberi keterangan kepada polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, sebelum ini dilaporkan berkata polis akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu, bekas pegawai penyelidik Anwar, Muhammed Yusoff Rawther membuat laporan dan menyerahkan akuan bersumpah (SD) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berhubung dakwaan cabul terhadap dirinya, selain menggesa supaya tindakan perundangan diambil terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Kelmarin, Muhammed Yusoff dilaporkan hadir ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) selama tujuh jam, sebelum sekali lagi tampil berbuat demikian, semalam.

Menerusi sumber, BH melaporkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) yang mengendalikan siasatan kes salah laku dipercayai membabitkan Anwar turut memanggil ahli keluarga Muhammed Yusoff dari Pulau Pinang. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff Rawthersalah laku seksual
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd