• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Sebenarnya Petualang Yang Rasis – Asyraf

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa DAP adalah pihak yang bertanggungjawab mencetuskan sentimen kaum, mengapikan kebencian dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, pemerintah seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata apabila pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) berulang kali mengeluarkan kenyataan rasis dan cauvinis.

Tegas beliau, situasi itu mencetuskan fenomena ‘keberanian luar biasa’ segelintir rakyat untuk meremehkan institusi diraja, menghina agama bahkan memperkotak-katikkan maruah bangsa lain.

“Saya nak tanya saudara semua, siapa yang rasis? Siapa yang menjelajah luar negara mengatakan rakyat Hindu di negara ini ditindas dan dizalimi? Siapa? DAP. Siapa yang tuduh orang Melayu sebagai pendatang? DAP.

“Siapa yang hina tulisan jawi dan dikaitkan dengan pornografi? Siapa yang hina anggota tentera kita dengan mendakwa mereka hanya tahu makan dan tidur sahaja?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pagi tadi.

Asyraf Wajdi turut melontarkan soalan bertanyakan siapakah yang memainkan sentimen perkauman malah menuduh PAS dan UMNO akan mengambil hak orang bukan Melayu.

“Siapa? Siapa hari ini yang memuliakan pengganas komunis dan menjulang mereka sebagai wira malah cuba merubah naratif sejarah? Siapa?

“Inilah sebenarnya petualang yang rasis. Merekalah yang bertanggungjawab mencetuskan sentimen kaum, mengapikan kebencian dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Malaysia diakui milik semua dan seharusnya tidak perlu lagi wujud istilah pendatang.

“Malaysia milik orang Melayu, Malaysia juga milik orang Cina, milik orang India, Kadazan, Dusun, Murut, Dayak, Iban, Bidayuh malah ratusan etnik di Sabah dan Sarawak.

“Kenapa? Sebab semuanya ada tanggungjawab, semuanya juga ada hak. Jangan hanya melihat kepada hak tapi melihat juga kepada tanggungjawab yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: DAPPemuda UMNOPerhimpunan Agung UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd