Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Kelebihan Surah Al-Fatihah

“SETIAP hari kita baca surah Al-Fatihah, maknanya pun kita dah hafal. Apa kelebihan...

Imigresen Kedah Tahan 79...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 79 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Ahli Arkeologi Jumpa Kubur...

BURGARIA - EROPAH. Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika...

‘Kerjasama Dengan PAS Dibincang...

JELEBU : Saranan supaya Majlis Kerja Tertinggi (MKT ) UMNO menutup terus pintu...

China Tuduh Malaysia Langgar Hak Di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR – China membantah tindakan Malaysia membuat serahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu minggu lepas untuk menetapkan had pentas benua Malaysia di utara Laut China Selatan, kata laporan South China Morning Post.

Menurut Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut, mana-mana negara boleh menuntut zon wilayah eksklusif sehingga 200 batu nautika dari pinggir laut.

China bagaimanapun menuntut sebahagian besar Laut China Selatan, yang menjadi laluan barangan bernilai lebih AS$3.4 trilion setiap tahun.

Akibatnya, Malaysia dalam serahan bertarikh 12 Dis berkata terdapat potensi tuntutan bertindih melepasi zon ekonomi eksklusif.

China berkata serahan Malaysia itu “melanggar kedaulatan China, hak-hak berdaulat dan bidang kuasanya di Laut China Selatan”, kata laporan itu, memetik nota diplomatik China kepada Setiausaha Agung PBB, Antonia Guterres.

“China mempunyai hak-hak bersejarah di Laut China Selatan,” kata akhbar Hong Kong itu memetik nota misi tetap China ke PBB itu.

Wisma Putra, Kedutaan China di Kuala Lumpur dan Kementerian Luar Negeri China tidak memberikan respon segera kepada pertanyaan Reuters.

Malaysia dan Vietnam pada 2009 membuat serahan bersama mengenai bahagian pentas benua masing-masing di selatan Laut China Selatan.


Seorang pegawai kanan kerajaan Vietnam bulan lepas berkata ia akan mengkaji tindakan undang-undang dalam pertikaikan wilayah dengan China di perairan itu, antara pilihan-pilihan lain.

Pada Selasa, Vietnam berharap China akan mengawal diri di Laut China Selatan selepas kapal peninjau minyak China dan pengiringnya berbulan-bulan berada dalam zon ekonomi eksklusif Vietnam, tindakan yang menurut Hanoi mencabuli kedaulatannya.

Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu tentang Had Pentas Benua berkata serahan Malaysia berkenaan utara Laut China Selatan akan dimasukkan dalam agenda sementara sesinya ke-53 di New York, Amerika Syarikat pada 2021.

Malaysia kritikal terhadap pendirian China di Laut China Selatan tetapi baru-baru ini kurang lantang, terutama selepas China menyuntik berbilion dolar projek prasarana dalam Inisiatif Jalur dan Jalarnya.

Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah pada Oktober berkata Malaysia perlu tingkatkan kebolehan lautnya dalam persiapan menghadapi kemungkinan konflik di Laut China Selatan. – Agensi

Kategori