Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Manfaat Berganda PKPS 2.0...

Belenggu keraguan dan sikap berlengah boleh menyebabkan anda terlepas PKPS 2.0 yang ditawarkan kepada hampir semua kategori pembayar cukai kecuali fail majikan.

Penguatkuasa DBKL Disimbah Minyak...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melecur...

32 Sekolah Agama Terima...

KUCHING - Sebanyak 32 sekolah agama di Sarawak menerima peruntukan berjumlah RM9.36 juta...

Fedtri Yahya Cedera Di...

PETALING JAYA - Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya cedera selepas...

Belum Ada Cadangan Menarik Ambil Alih Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR – Keputusan pemilihan rakan strategik baharu untuk syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) masih belum dapat ditentukan tahun ini kerana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) masih melihat cadangan lain.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan dikemukakan oleh pihak bagi tujuan pengambilalihan MAB dilihat ‘tidak menarik’ selepas perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah pada Selasa lalu.

“Oleh itu Pengerusi Khazanah iaitu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pihak lembaga pengarah bersetuju untuk melibat cadangan lain sebelum kita memutuskan dengan keputusan akhir untuk melihat cadangan rakan strategik MAB sama ada daripada tempatan dan antarabangsa.

“Mesyuarat lembaga pengarah pada 17 Disember lalu telah berbincang mengenai perkara ini, namun cadangan yang dibentangkan itu tidak begitu menarik,” katanya ketika ditemui selepas menjadi panelis Sesi Planeri dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkembangan terbaharu melibatkan MAB apabila terdapat beberapa pihak berhasrat mengambil alih syarikat penerbangan nasional yang bermasalah itu termasuk menjadi rakan strategik.

Sebelum ini, dua daripada syarikat penerangan asing dilaporkan telah disenarai pendek oleh Khazanah untuk menjadi rakan strategik MAB, namun perkara itu dinafikan oleh pihak terlibat.

Kategori