• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Dunia Semak Turunkan Pertumbuhan KDNK Malaysia 4.5%

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bank Dunia menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 4.5 peratus bagi 2020 berbanding unjuran tahun ini sebanyak 4.6 peratus.

Ketua Ekonomi, Makroekonomi, Perdagangan dan Pelaburannya, Richard Record berkata, unjuran KDNK yang lebih rendah itu sebahagian besarnya disebabkan oleh jangkaan pelaburan dan pertumbuhan eksport pada suku ketiga (Q3) 2019 yang lemah.

“Penggunaan swasta dijangkakan berkembang pada kadar 6.5 peratus tahun depan, didorong oleh keadaan pasaran pekerja yang stabil, inflasi yang agak lemah, dan sokongan berterusan daripada langkah-langkah kerajaan,” katanya kepada pemberita pada pelancaran edisi ke-21 Pemantau Ekonomi Malaysia – ‘Memenuhi Keperluan’ di sini, hari ini.

Dalam sektor awam, beliau berkata, perancangan rasionalisasi perbelanjaan mengurus kerajaan terus menyumbang kepada sumbangan daripada penggunaan kerajaan, yang diunjurkan meningkat 1.8 peratus pada 2020 berbanding jangkaan 1.7 peratus pada 2019.

“Pembentukan modal tetap kasar dijangka bertambah baik, namun akan terus lemah dalam tempoh terdekat, dengan kedua-dua sektor awam dan swasta terus mengambil sikap berhati-hati mengenai perbelanjaan modal. Aktiviti pelaburan secara menyeluruh dijangkakan berkembang 1.4 peratus tahun depan, 0.3 mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran sebelumnya.

“Semakan menurun itu sebahagian besarnya mencerminkan aktiviti pelaburan swasta yang lemah daripada jangkaan pada Q3 tahun ini, dengan prospek perdagangan yang lemah dan ketidaktentuan menjejaskan keyakinan dan cadangan perniagaan,“ katanya.

Sebaliknya, Record berkata pelaburan awam berkemungkinan akan terus merosot dalam jangka terdekat, walaupun pada tahap yang lebih rendah, berikutan peningkatan pelaburan yang dirancang oleh syarikat awam dalam sektor pengangkutan dan perlombongan.

Untuk eksport, beliau berkata ia dijangka kekal sederhana pada 0.5 peratus tahun depan dalam konteks kedudukan ekonomi global yang mencabar dan ketidaktentuan berkaitan perdagangan dalam tempoh yang panjang, namun diimbangi sebahagiannya oleh pemulihan eksport perlombongan ekoran gangguan bekalan yang diluar jangka dalam tempoh suku terbaharu.

“Pertumbuhan import dijangka meningkat sederhana pada 0.4 peratus pada 2020, memandangkan pertumbuhan eksport barangan pengantara dan modal memperoleh sedikit momentum dengan peningkatan kecil dalam aktiviti eksport dan pelaburan.

“Lebihan akaun semasa dijangka berkurang kepada sekitar 3.0 peratus daripada KDNK pada 2020, dengan lebihan dagangan yang sederhana dalam barangan, akan terus mengimbangi defisit berterusan dalam perkhidmatan dan akaun pendapatan,” katanya.

Tags: bank duniaKDNKkeluaran dalam negara kasar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengeluaran Getah Asli Merosot 21.4% Pada Oktober

Next Post

Yusoff Rawther Hadir Beri Keterangan Di Bukit Aman

Related Posts

SMKKJ Jadi Kolej Tingkatan 6 Dipersetujui Tiga Tahun Lalu

Kanak-kanak Malaysia Tidak Cukup Belajar Di Sekolah – Laporan Bank Dunia

29/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan baharu Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan...

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

09/08/2023
0

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar....

Next Post

Yusoff Rawther Hadir Beri Keterangan Di Bukit Aman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd