Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pusat Pemindahan Mangsa Banjir...

MIRI - Pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Mendamit, Limbang yang dibuka...

MasterCard: Sensor Pengimbas Cap...

Pelbagai telefon pintar baru kini menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dimana ia dilihat...

COVID-19 Terkawal, Jangan Takut...

MERLIMAU, 16 Nov – “Saya mendapat perkhabaran ada pengundi yang khuatir untuk keluar...

Kempen Jangan Bawa Telefon...

KUALA LUMPUR - Keghairahan ketika menggunakan gajet elektronik terutama telefon bimbit pintar, tanpa...

Bank Ditipu, Lulus Pinjaman RM1.04 Juta Kepada Orang Mati

PETALING JAYA – Penyalahgunaan identiti semakin berleluasa, malahan identiti orang mati juga disalah guna untuk meminjam duit daripada bank.

China Press melaporkan, dua orang ejen hartanah telah menggunakan identiti kawan mereka yang sudah meninggal dunia untuk memohon pinjaman perumahan daripada bank dan sebanyak RM1.04 juta telah diluluskan.

Penipuan itu hanya terbongkar apabila berlaku tunggakan bayaran dan akhirnya bank tersebut mendapati peminjam telah meninggal dunia pada 2015.

Susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh pihak bank, sebanyak dua orang, masing-masing berumur 37 dan 52 tahun telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Pihak polis memberitahu, kedua-dua suspek telah memohon pinjaman perumahan bernilai RM1.04 juta pada Mei 2018 untuk membeli rumah kedai tiga tingkat di Kampar, Perak.


Bank telah meluluskan pinjaman dan melepaskan jumlah penuh pada Februari tahun ini, tetapi kedua-dua suspek tidak pernah membayar balik pada tarikh yang dipersetujui.

Siasatan lanjut oleh pihak bank mendapati peminjam sudah meninggal dunia dan percaya identitinya telah disalah guna untuk tujuan penipuan.

Kedua-dua suspek telah diheret ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan pada Jumaat. – MalaysiaGazette

Kategori