Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Haron Din Pesan Kebumi...

KANGAR - Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din meninggalkan pesan kepada anggota keluarga...

Mahkamah Rayuan Sri Lanka...

COLOMBO - Mahkamah Rayuan Sri Lanka mengeluarkan perintah interim bagi menghalang Mahinda Rajapaksa...

Pengguna Waze Kini Boleh...

SIAPA yang tidak tahu aplikasi Waze pada zaman sekarang?Aplikasi navigasi yang memberikan informasi...

Vietnam Jadi Saksi Jika...

PUTRAJAYA - Pihak Vietnam sedia untuk menjadi saksi sekiranya dakwaan ke atas perampas kapal...

SPRM Kesan RM700 Juta Pinjaman Bank Diluluskan

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan hampir RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket menawarkan bantuan kewangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sumber memberitahu, nilai pinjaman berkenaan diluluskan dalam tempoh hampir lima tahun sindiket itu beroperasi, bermula era pandemik COVID-19.

Sejak 2020, katanya, institut kewangan berkenaan dikenal pasti memperoleh keuntungan daripada yuran perkhidmatan dan yuran penyelesaian hutang lapuk dikenakan ke atas peminjam.

“Jumlah pinjaman yang diluluskan setakat ini sekitar RM700 juta hasil pelbagai pinjaman peribadi diperoleh dari beberapa bank secara serentak,” katanya kepada BH, semalam.

Rabu lalu, BH melaporkan lebih 4,000 penjawat awam terpedaya dengan sindiket tawaran pinjaman yang turut didalangi pegawai bank di beberapa institusi kewangan negara.

Difahamkan, ramai menjadi mangsa dan terpedaya dengan kegiatan itu selepas sindiket dikatakan masuk ke kementerian dan jabatan awam di seluruh negara dengan berselindung di sebalik agensi kewangan yang membantu menguruskan kewangan.

Sita lebih 4,000 dokumen

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memberitahu NST, pihaknya sedang mengesan sekurang-kurangnya 16 lagi individu dalam sektor kewangan untuk disiasat dalam Ops Sky.

Katanya, SPRM turut menyita lebih 4,000 dokumen dalam siasatan berkenaan setakat ini.

“Beberapa pegawai (sektor kewangan) dilaporkan menerima RM5,000 bagi setiap pinjaman yang mereka luluskan, dengan nilai rasuah diterima antara 0.5 peratus hingga 1 peratus daripada nilai pinjaman,” katanya.

Awal minggu ini, BH melaporkan, SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.


Difahamkan, 12 individu ditahan hasil serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi melalui Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada Isnin.

Mereka ditahan, termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan dan masing-masing seorang pengarah yayasan, pengurus serta bekas pengurus jualan institusi perbankan.

Siasatan awal mendapati ada pegawai di beberapa institusi perbankan menerima rasuah daripada pegawai syarikat perunding kewangan sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan pinjaman peribadi pelanggan yang dikenal pasti mempunyai hutang lapuk.

Modus operandi, pegawai bank mengenal pasti pelanggan terdiri penjawat awam yang mempunyai hutang lapuk, seterusnya diperkenal kepada syarikat perunding kewangan yang akan menawarkan bantuan skim multiple loan.

Syarikat perunding kewangan terbabit dipercayai membantu menyediakan dokumen mengandungi maklumat palsu yang akan dihantar ke beberapa institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman.

Hasil siasatan juga menunjukkan syarikat perunding kewangan itu akan mendahulukan wang kepada peminjam untuk melangsaikan hutang dan selepas pinjaman diluluskan, peminjam perlu membayar balik pendahuluan itu, manakala baki pinjaman dilaburkan dalam satu skim pelaburan.

Hasil Ops Sky, SPRM membekukan 70 akaun syarikat dan individu membabitkan nilai lebih RM16.2 juta, selain menyita sembilan kenderaan pelbagai jenama terdiri Ferrari F8 Spider, Lexus RC300, Mercedes-Benz GLC43, BMW, Toyota Alphard, Mazda dan Honda.

Suruhanjaya itu turut menyita wang tunai lebih RM300,000, selain mata wang Hong Kong (HKD) 95,000 (RM54,985), 17 jam tangan mewah dianggarkan lebih RM11.1 juta, lima unit beg tangan berjenama dianggarkan lebih RM430,000, lima set barang kemas dianggarkan lebih RM50,000 serta dua unit komputer riba dan dua unit tablet.

Sejak Mei lalu, BH melakukan beberapa siri pendedahan mengenai kepincangan dalam sistem kewangan negara yang mengakibatkan jenayah kewangan berleluasa.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori