• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Hujan Sangat Lebat Di Kelantan, Terengganu, Pahang

oleh
01/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga esok.

Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan, serta Besut dan Setiu di Terengganu.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca buruk iaitu hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok di Jeli dan Kuala Krai, Kelantan; Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Amaran waspada turut dikeluarkan dengan hujan lebat dijangka berlaku sehingga esok di Gua Musang, Kelantan; Jerantut, Pahang; serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Jabatan itu meramalkan ribut petir melanda kebanyakan negeri di Semenanjung pada petang esok iaitu Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Melaka dan juga bahagian-bahagian lain negeri Sabah dan Sarawak.

Hujan turut diramal berlaku pada petang esok di beberapa negeri termasuk Terengganu, Kelantan dan Perak.

Pada sebelah malam pula, hujan diramalkan melanda beberapa kawasan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Kedah, Perak, Sarawak dan pantai barat Sabah.

Jabatan itu meramalkan ribut petir pada petang 3 Disember (Selasa) di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, termasuk beberapa kawasan di Sarawak, di Tawau dan pedalaman Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala, hujan diramal berlaku di Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sandakan dan pantai barat Sabah.

Bagaimanapun, keadaan cuaca di kebanyakan negeri di Semenanjung kecuali Perak, Pahang, Selangor, Kelantan dan Terengganu diramal baik pada sebelah malam.

Tags: amaran cuacahujan sangat lebatKelantanPahangTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd