• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakat Di Selangor Hanya Untuk Asnaf, Umat Islam

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil kutipan zakat Negeri Selangor akan kekal untuk golongan asnaf dalam kalangan umat Islam sahaja, titah Sultan Selangor.

Menurut Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengikut agama Islam, kutipan zakat hendaklah diagihkan kepada lapan golongan asnaf, termasuk asnaf fakir dan muallaf (saudara baru) dalam kalangan umat Islam sahaja walaupun agihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan.

Agihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan sekiranya ia menjadikan penyebab individu berkenaan memeluk Islam di bawah asnaf Mu’allafati Qulubuhum.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, walaupun agama Islam adalah agama yang menekankan sifat-sifat perikemanusiaan tetapi agihan zakat yang diperoleh daripada umat Islam hendaklah diberi kepada lapan golongan asnaf dalam kalangan umat Islam terutama yang miskin dan memerlukan bantuan terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Sultan Selangor meminta isu-isu berkaitan dengan pengagihan zakat ini tidak lagi diperdebatkan secara terbuka di media massa.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru agar tiada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan isu-isu berkaitan dengan agama Islam untuk meraih populariti atau untuk mengambil hati mana-mana pihak tertentu,” katanya.

Di Negeri Selangor masih ramai orang Islam yang miskin di luar bandar dan juga miskin bandar yang perlu dibantu menggunakan hasil kutipan zakat.

“Ini kerana, di Negeri Selangor, majoriti rakyatnya beragama Islam dan jumlah penduduk Islam semakin bertambah setiap tahun,” katanya.

Orang-orang miskin yang bukan Islam adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu dan menolong mereka menerusi jabatan-jabatan dan agensi Islam yang telah ditetapkan.

Tags: asnafSultan Selangorumat Islamzakat selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd