• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Felda Bantah Pihak Ketiga Ambil Alih Saham FGV

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) mewakili lebih dua juta warga Felda seluruh negara sepakat menyatakan bantahan terhadap usaha pihak ketiga yang didakwa mahu mengambil alih pegangan saham majoriti dalam Felda Global Venture Holding Bhd. (FGV).

Ketua Peneroka Kebangsaan Felda, Sulong Jamil Mohamed Shariff selaku salah seorang wakil JKPP berkata, keputusan itu dicapai selepas kegusaran seluruh warga Felda termasuk badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda dibincangkan menerusi satu mesyuarat yang diadakan pihaknya semalam.

Beliau berkata, semua yang terlibat dalam mesyuarat itu termasuk wakil NGO Felda dan ketua peneroka dari 11 wilayah Felda bersetuju untuk tidak membenarkan pihak ketiga menguasai saham FGV.

“Kita bantah kerana FGV adalah warisan yang juga harta Felda yang mesti dijaga.

“Sekiranya usaha pihak ketiga itu berjaya, Felda tidak akan lagi menjadi pemegang saham terbesar dalam FGV,” katanya pada sidang media di D’Saji KL Titiwangsa hari ini.

Menurutnya, ketika ini, Felda menguasai saham majoriti iaitu 33.6 peratus melalui pegangan terus sebanyak 12.2 peratus serta Felda Asset Holdings sebanyak 12.4 peratus yang berfungsi sebagai sumber dana bagi membiayai dan membantu peneroka.

Terdahulu, sebuah portal berita yang memetik sumber melaporkan tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai pelan untuk menguasai FGV dengan membeli 20 peratus kepentingan dalam syarikat gergasi perladangan itu.

Barisan JKKP dan NGO Felda yang hadir pada sidang media membantah usaha pihak ketiga mengambil alih pegangan saham majoriti FGV.

Syed Mokhtar dikatakan telah bertemu dengan institusi kewangan untuk memperoleh pembiayaan RM1 bilion bagi proses pengambilalihan FGV.

Sulong Jamil berkata, satu surat bertarikh 30 Oktober lalu turut dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menyatakan bantahan pihaknya berhubung isu berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, JKPP percaya tawaran daripada pihak ketiga untuk mengambil alih FGV lebih kepada memenuhi kepentingan korporat mereka.

Menurutnya, pihaknya berasa terkilan kerana keringat selama ini bersama Felda membangun dan menjadikan FGV sebagai satu syarikat global yang ternama di dunia hanya akan tinggal kenangan.

Katanya, JKPP juga berharap kerajaan dapat mengembalikan FGV seperti zaman kegemilangannya yang lalu dan melantik ahli-ahli lembaga pengarah yang berprestasi tinggi serta pasukan pengurusan yang mantap, jujur dan mempunyai roh Felda.

“Paling penting, kami mohon agar Felda dikekalkan sebagai pemegang saham utama dalam FGV dan mengesyorkan Felda serta KPF (Koperasi Permodalan Felda) berganding sama untuk memiliki saham FGV sehingga 51 peratus.

“Dengan pemilikan saham majoriti, kami yakin gerak kerja transformasi memulihkan FGV lebih mudah dilakukan tanpa pihak ketiga,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Fakhrurrazi Mohd Habib memaklumkan, JKPP tidak berhasrat untuk bersemuka dengan pihak ketiga terbabit kerana misi utama pihaknya adalah untuk menyelesaikan masalah dan kemelut yang berlaku dalam Felda.

“Jadi apabila timbul ura-ura pihak ketiga nak ambil alih saham FGV maka sudah jadi tanggungjawab untuk JKPP serta seluruh warga Felda mempertahankannya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: FeldaFGVPeneroka FELDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd