• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Syukur Mahathir Serah Jawatan Kepada Anwar

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meluahkan rasa syukur dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana bersetuju menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar diminta mengulas laporan berita mengenai temubual eksklusif antara Dr. Mahathir bersama akhbar Australia, The Sydney Morning Herald di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Dr. Mahathir dilaporkan bersedia menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebelum pilihan raya umum akan datang, tanpa memberikan sebarang tarikh.

Sementara itu dalam perkembangan lain iaitu mengenai keputusan Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran, Wan Azizah berkata, kerajaan menghormati keputusan mahkamah itu.

“Itu keputusan Mahkamah dan kita menghormati keputusan itu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediamannya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, Seremban masing-masing pada jam 9.58 pagi dan jam 11.50 pagi 10 Oktober lepas.

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadPerdana MenteriWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd