• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Sindir Azmin Isu Pertemuan Sulit

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“ELOK la dia (Mohamed Azmin Ali) pergi… tengok mesyuarat ke… mesyuarat biro politik,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata demikian sebagai mengulas pertemuan sulit diaturkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, malam tadi.

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas mengenai perkara sama berkata, beliau tidak mendapat maklumat lanjut.

“Saya tak tau… saya baca berita yang kamu (media) laporkan saja… saya tak tahu apa cerita sebenarnya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, pagi ini.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan membawa isu pertemuan sulit oleh Mohamed Azmin itu pada mesyuarat biro politik parti malam esok.

“Pada waktu ini, parti belum terima apa-apa makluman rasmi mengenai perkara berkenaan tapi saya percaya bila biro politik mengadakan mesyuarat esok hari, kita pasti akan bincang perkara ini.

“Harapan saya agar semua pimpinan PKR boleh hadir supaya kita boleh dapatkan maklumat penuh apa sebenarnya berlaku.

“Benar berlaku pertemuan pada malam tadi, tapi apakah manifesto yang ingin diselesaikan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, pagi ini.

Malam tadi, sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir di kediaman Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.

Antara yang dilihat keluar kediaman berkenaan ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid; Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Ismail Abd Muttalib (Maran).

Raja Petra Kamaruddin menerusi laporan di portal Malaysia Today melaporkan Mohamed Azmin mengadakan pertemuan itu bagi mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN. – myMetro Online

Tags: Ahli ParlimenMohamed Azmin AliPKRWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd