• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Rabies Ragut Nyawa Ke-21 Di Sarawak

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21 di Sarawak selepas seorang kanak-kanak lelaki lima tahun disahkan meninggal dunia akibat wabak itu pada 2 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa berasal dari Kampung Mambong, Jalan Penrissen, Kuching meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

“Sampel untuk ujian rabies yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan mangsa positif rabies,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak itu tidak aktif sejak 13 Oktober lalu dan mengadu sakit tekak.

Katanya, pada 15 Oktober lalu mangsa dikatakan mengalami demam dan berkelakuan luar biasa dan dibawa ke sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan.

“Namun keadaannya bertambah teruk dan dibawa pula ke Klinik Kesihatan pada 18 Oktober dan dirawat sebagai pesakit luar dengan diagnosa Upper Respiratory Tract Infection (URTI).

“Pada 21 Oktober 2019 mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak apabila keadaannya semakin lemah,” katanya.

Mengulas lanjut Dr. Noor Hisham berkata, keluarga mangsa mempunyai dua anjing peliharaan di rumah.

“Difahamkan kedua-dua anjing itu tidak pernah mendapat vaksinasi anti-rabies dan bebas bergaul dengan anjing liar namun hingga kini kedua-dua anjing itu masih hidup dan sihat.

“Mangsa juga tidak pernah mengadu digigit anjing atau haiwan lain dan kes rabies terbaharu itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes terbaharu itu menjadikan 22 jangkitan rabies kalangan manusia di Sarawak sejak wabak itu diisytiharkan pada 1 Julai 2017 dengan enam daripadanya dikesan berlaku tahun ini.

Daripada jumlah itu 21 mangsa meninggal dunia manakala seorang mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan mengalami komplikasi neurologi teruk dengan hanya bergantung kepada alat bantuan hayat sejak dua tahun lalu.

Malah pihaknya juga meminta kalangan ibu bapa untuk menasihatkan anak-anak supaya berwaspada dan segera memaklumkan sekiranya digigit atau dicakar atau luka dijilat oleh anjing sama ada anjing liar atau anjing milik sendiri.

Tags: Penyakit Anjing GilasarawakWabak Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd