• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPM Dapat Tekanan Kementerian Tangguh Program Hadi

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Universiti Putra Malaysia (UPM) didakwa mendapat tekanan daripada Kementerian Pendidikan selepas menangguhkan program syarahan akademik bertajuk Bicara Eksklusif Islam Membawa Kesatuan yang akan disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memetik laporan Malaysiakini, ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Arman Usman berkata, program yang sepatutnya berlangsung malam tadi ditangguhkan tanpa sebab yang kukuh.

“Perkara ini pun hasil daripada beberapa desakan daripada pihak naib canselor sendiri, (yang) ditekan oleh pihak belakang.

“Jadi disebabkan NC (naib canselor) sendiri menyeru supaya kita menangguhkan program ini. Disebabkan sekatan-sekatan di belakang daripada pihak kementerian sendiri,” katanya selepas program Solidariti Buat Kebebasan Akademik yang Telah Mati di Dewan Kolej Pendeta Za’ba, UPM malam tadi.

Beliau ditanya sama ada mereka telah mendapat penjelasan lanjut daripada naib canselor universiti itu berhubung penangguhan tersebut.

Arman menjelaskan, pada 18 November, Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman memaklumkan penangguhan berkenaan dengan memuat naik sepucuk surat UPM menerusi laman Facebook Presiden PAS.

Dalam surat itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM meminta Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) selaku penganjur Karnival Inspirasi Putra untuk menangguhkan program bertajuk Slot Bicara Eksklusif bersama Abdul Hadi.

HEP UPM memaklumkan, ia atas sebab yang tak dapat dielakkan dan slot itu akan diganti dengan sesi Wacana Intelek yang akan diadakan kelak.

Sementara itu, perkara sama turut disuarakan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM), Muhammad Hakim Paimin yang percaya tekanan tersebut dilakukan atas kepentingan peribadi pihak tertentu.

“PMIUPM percaya surat penangguhan program tersebut dikeluarkan disebabkan tekanan daripada tangan-tangan ghaib yang memperalatkan universiti untuk kepentingan peribadi seperti yang terhad di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“PMIUPM menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan KPM yang dilihat tidak bertanggungjawab dalam mendukung aspirasi kebebasan akademik dan pemerkasaan autonomi universiti yang dibawa oleh Menteri Pendidikan, Maszlee Malik,” katanya dalam satu majlis solidariti yang sama.

Selain Arman dan Muhammad Hakim, turut hadir menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Ikhwan Nasyriq Salahin dan Pengerusi Siswa PAS, Aiman Mohd Yusof.

Satu memorandum akan diserahkan pada Jumaat ini (22 November), jam 10 pagi di hadapan bangunan KPM, Putrajaya bagi menuntut penjelasan sekatan kehadiran Abdul Hadi.

Muhammad Ikhwan berkata, Maszlee harus memberikan penjelasan mengenai pendirian KPM dan garis panduan yang sebenar untuk menjemput Abdul Hadi hadir sebagai tetamu sesebuah program di universiti.

“Kita mahukan kebebasan akademik sebenar seperti yang sering diucapkan oleh Maszlee yang sepatutnya (universiti) bebas untuk berpolitik tanpa ada sekatan.

“Tapi malangnya ia didalangi oleh pihak kementerian,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangKementerian PendidikanUPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd