• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uniknya PRK Tanjung Piai Dapat ‘Satukan’ PAS, MCA

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang sedang rancak kempennya ketika ini menyaksikan satu keunikan apabila buat pertama kali wujudnya kerjasama yang bukan ‘biasa-biasa’ antara MCA dan PAS bagi menentang Pakatan Harapan (PH).

Kerjasama ini melibatkan orang tengah iaitu UMNO yang merupakan rakan MCA dalam Barisan Nasional (BN) dan sekutu PAS menerusi Muafakat Nasional.

Kenapa ia unik? Ini kerana kedua-dua parti itu telah lama bermusuhan dan mempunyai perbezaan pendapat yang amat ketara dalam banyak perkara terutama melibatkan soal Melayu dan agama Islam.

Bagaimana ia bermula? Kedua-dua mungkin menyedari kerjasama mereka penting selepas perubahan landskap politik negara selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lepas dan mungkin ini cara terbaik untuk mereka menjadi kerajaan selepas PRU15.

Walaupun sebelum ini, MCA dan PAS berdolak-dalik bahawa kedua-dua parti ada mempunyai hubungan politik, namun PRK Tanjung Piai menyerlahkan realiti sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya di sini 6 November lalu mengesahkan bahawa parti itu turun ke Tanjung Piai untuk menyokong MCA yang mewakili BN bagi menghadapi PRK itu.

Beliau berkata, itu adalah isyarat untuk memastikan kemenangan calon BN, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng merampas kerusi Parlimen itu.

“PAS boleh menyokong calon MCA yang dianggap bukan Islam…perlu difahami Islam yang diajar bukan sahaja satu agama tetapi Islam juga adalah cara hidup, antaranya Islam mengajar kita hidup bermasyarakat yang majmuk,” katanya.

Bagi seorang petugas jentera BN, beliau melihat kerjasama seperti itu amat diperlukan dalam keadaan sekarang, malah beliau mengakui keadaan itu pelik, jika mengambil kira keadaan sebelum ini.

“Memang agak pelik kerjasama ini. Tetapi dalam politik ini kita tidak boleh terlalu rigid. Perubahan seperti ini kadangkala perlu,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, ‘gabungan’ itu menunjukkan tidak konsisten, bagaimana UMNO dan PAS mengambil peluang apabila tiba-tiba MCA rela bekerjasama dengan PAS.

“Ia juga menunjukkan MCA bersifat oportunis apabila mendapat sokongan daripada UMNO dan PAS. Pada mulanya, Muafakat Nasional adalah pakatan antara UMNO dan PAS tidak termasuk MCA tetapi sekarang mereka menggunakan calon MCA untuk bertanding pilihan raya kecil. Ini bukannya memperjuangkan kesejahteraan rakyat…ia hanya untuk kesenangan (mereka). Mereka bergabung hanya untuk kesenangan (mereka),” katanya.

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Kassim Thukiman, beliau beranggapan perkara itu berlaku kerana PAS tidak lagi boleh bersendirian selamanya.

Ditanya sama ada kerjasama kedua-dua parti itu adalah sandiwara untuk menang pada PRK kali ini, katanya ada anggapan sedemikian tetapi jika melihat dari sudut positif kerjasama itu, Pas sudah menerima realiti politik Malaysia yang memerlukan kerjasama antara pelbagai kaum.

“Sekiranya PAS mengambil keputusan bersendirian seperti PRU14, susah untuk PAS mendapat lebih banyak kerusi di Malaysia,” katanya.

Pengundian PRK Tanjung Piai diadakan Sabtu ini. Ia merupakan pertembungan enam penjuru antara calon PH, Karmaine Sardini, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Rakyat Malaysia), Datuk Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) serta dua calon Bebas, Dr. Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Tags: Barisan NasionalMCAmuafakat nasionalPASPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Senarai Calon BN Johor Di 56 DUN

Senarai Calon BN Johor Di 56 DUN

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd