• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Lynas Bukan Manifesto PRU14 PH – Redzuan

oleh
25/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Penutupan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) seperti yang sering dibangkitkan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof.

Beliau berkata, semua ahli Parlimen kerajaan perlu menghormati keputusan Putrajaya meneruskan projek itu dan mengelak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penduduk di kawasan terlibat.

“Tidak pernah ada dalam manifesto PH untuk tutup Lynas pada Pilihan Raya Umum ke-14. Semua orang boleh tengok dan semak kalau ada.

“Saya minta rakan-rakan dalam PH janganlah bangkitkan perkara ini sehingga timbul rasa tidak selesa kepada penduduk kerana pakar sudah sahkan kilang ini selamat,” katanya selepas menghadiri Himpunan Usahawan Terengganu di sini, semalam.

Seramai 200 usahawan dari seluruh negeri menyertai program anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu.

Sementara itu, Redzuan berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) perlu mengkaji semula undang-undang yang memerlukan operator dron mendapatkan kelulusan untuk penerbangan walaupun untuk tujuan percubaan.

Katanya, CAAM sepatutnya memberi kelonggaran dalam sesetengah keadaan bagi menggalakkan perkembangan industri aeroangkasa, sekaligus menggalakkan lebih ramai usahawan menceburkan diri dalam bidang berkaitan.

Beliau mencadangkan persekitaran atau undang-undang yang menyokong perkembangan industri aeroangkasa diwujudkan kerana Malaysia agak jauh ketinggalan.

Redzuan yang juga ahli Parlimen Alor Gajah berkata, beliau tiada masalah jika digugurkan daripada jawatan menteri.

Katanya, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohd mempunyai kuasa penuh untuk melantik atau menggugurkan mana-mana menteri berdasarkan penilaian prestasi masing-masing.

“Saya cuma menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat sejak 2 Julai tahun lalu.”

Tags: lynas malaysiaManifesto PHpakatan harapanRedzuan Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd