• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan Balas 5 Bekas Pengarah Bukan Eksekutif FGV Dibatal

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan tuntutan balas yang difailkan lima bekas pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd. terhadap syarikat itu dan 10 pihak lain berhubung dakwaan kerugian dialami membabitkan pemerolehan Asia Plantation Ltd. (APL) pada 2014.

Hakim Azimah Omar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan FGV dan 10 pihak itu untuk membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh Ismee Ismail, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Sulaiman Mahbob, Nozirah Bahari dan Fazlur Rahman Ebrahim.

Azimah memutuskan perkara itu di dalam kamarnya dengan kehadiran peguam Andrew Chiew Ean Vooi yang mewakili FGV dan peguam Fahda Nur Ahmad Kamar yang mewakili kelima-lima individu tersebut.

Kelima-lima bekas pengarah berkenaan sebelum ini disaman oleh FGV yang menuntut RM514 juta berhubung dakwaan kerugian yang timbul daripada pengambilalihan atau secara alternatif, ganti rugi atau kehilangan daripada pengambilalihan APL dan mereka kemudiannya memfailkan tuntutan balas terhadap saman itu.

Chiew ketika ditemui media berkata, Azimah membuat keputusan tersebut selepas berpendapat tuntutan lima individu terbabit tidak berasas.

“Mahkamah juga memerintahkan lima bekas pengarah itu membayar kos RM8,000 kepada FGV dan menetapkan tarikh pengurusan kes saman tersebut pada 14 Januari depan,” katanya.

Lima individu itu selaku plaintif memfailkan tuntutan balas pada 11 Februari lepas dengan menamakan syarikat terbabit dan 10 yang lain terdiri daripada pengerusi serta pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif FGV selaku defendan.

Sepuluh individu itu ialah Azhar Abdul Hamid, Mohd Hassan Ahmad, Dr. Othman Omar, Dr. Mohamed Nazeeb P. Alithambi, Dr. Salmiah Ahmad, Hoi Lai Peng, Yusli Mohamed Yusoff, Dr. Nesadurai Kalanithi, Mohd Anwar Yahya dan Mohamed Suffian Awang.

Pada 23 November 2018, FGV memfailkan saman menuntut RM514 juta dan ganti rugi lain terhadap bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Emir Mavani Abdullah dan 13 yang lain berhubung pemerolehan APL pada 2014.

Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, individu lain yang dinamakan sebagai defendan ialah Mohd Isa Abdul Samad iaitu pengerusi FGV pada masa itu; bekas Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha; bekas Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Kluster Hiliran Farisan Mokhtar; dan bekas Pengurus Besar Kanan Kluster Hiliran Rasydan Alias Mohamed.

Sembilan yang lain ialah bekas pengarah bukan eksekutif FGV iaitu Ismee, Wan Abdul Aziz, Sulaiman Mahbob, Omar Salim, Noor Ehsanuddin Mohd, Harun Narrashid, Yahaya Abd Jabar, Faizoull Ahmad, Nozirah dan Fazlur Rahman.

Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, saman tersebut adalah berkenaan dengan pengambilalihan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam APL melalui tawaran tunai bersyarat sukarela pada 2014.

Tags: FGVmahkamahpengarah bukan eksekutif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd