• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan 2 ADUN PKR Melaka Tak Boleh Diterima – Anwar

oleh
26/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan dua wakil rakyat PKR yang menyebabkan usul mencadangkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik sebagai Ahli Dewan Negara gagal di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan akan berjumpa atau berhubung dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Machap Jaya, Datuk Ginnie Lim Siew Lin, bagi mendapatkan penjelasan.

“Saya sepatutnya bertemu atau berkomunikasi dengan mereka berdua hari ini (untuk mendapatkan penjelasan).

“Apa pun, tindakan ini tidak boleh diterima kerana mereka sepatutnya menghormati keputusan kerajaan negeri. Pendirian kita adalah mereka perlu menyokong usul Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka diuji apabila usul dibawa Ketua Menteri, Adly Zahari, yang mencadangkan Abdul Halim, sebagai Ahli Dewan Negara gagal mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Usul dibentangkan pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua DUN Melaka Ke-14, semalam hanya meraih 12 undi menyokong berbanding 13 menolak berikutan tindakan Muhammad Jailani dan Siew Lin yang juga EXCO kerajaan negeri, bertindak keluar Dewan sebelum usul itu dibacakan.

Ditanya sama ada kegagalan usul itu diluluskan menunjukkan seriusnya perbalahan dalaman antara pimpinan PH di Melaka, Anwar menegaskan, keputusan kerajaan negeri dan parti perlu dihormati dalam apa juga keadaan.

“Pergaduhan dalaman atau tidak, keputusan negeri dan parti mesti dihormati,” katanya.

Berhubung sama ada tindakan dua ADUN PKR itu mengesahkan dakwaan usaha mewujudkan ‘kerajaan pintu belakang’ bermula di Melaka, Anwar berpandangan perkara itu tidak berkaitan.

“Saya tak fikir begitu, bagaimanapun daripada segi parti, kita tetap pertahan kerajaan PH, termasuk Ketua Menteri Melaka sekarang,” katanya.

Berhubung desas-desus mengenai usul menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sepenggal akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Anwar menegaskan tidak mendengar khabar angin itu.

“Kalau ada mana-mana usul kerajaan, mesti dibawa ke Majlis Presiden PH dahulu, dan kita belum dengar (usul itu). Kalau ada usul kerajaan pintu belakang, itu kena tanya orang terbabit,” katanya. – BH Online

Tags: adun pkrAnwar Ibrahimpkr melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd