• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rokok Elektronik, Vape Didaftar Alat Berhenti Merokok

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang rokok elektronik (e-cigarette) atau vape yang didaftar sebagai alat atau ubat untuk berhenti merokok ketika ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Bagaimanapun, cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal kementerian bawah Akta Racun 1952 dan sebarang penjualan produk berkenaan hanya boleh dilakukan ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan.

Katanya, individu yang bukan dalam kalangan profesional tersebut boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, jika didapati bersalah menjual produk yang mengandungi bahan nikotin.

“Jadi apabila rampasan dilakukan, analisis akan dibuat dan sekiranya mengandungi nikotin dalam cecair vape tersebut, tindakan akan diambil terhadap mereka yang menjual vape yang mengandungi nikotin,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat.

Lee berkata kementerian mengadakan pertemuan dengan pemain industri vape bagi mendapatkan maklum balas sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada melarang sepenuhnya penggunaan vape, atau mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap penjualan cecair vape.

“Kita juga menjemput pihak industri tersebut supaya membentangkan kertas kerja mereka untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa khas (berhubung kaedah kawalan terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape) sebelum kita buat keputusan,” katanya.

Tags: Berhenti Merokoke-rokokvape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kegiatan penjualan dadah sintetik berbahaya dikenali sebagai “dadah zombi” kini dikesan menyusup masuk ke dalam pasaran rokok...

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd