• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penglibatan Pihak Lain Batal Jemputan Azmin – Anwar

oleh
16/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiada sebarang penglibatan ‘tokoh’ dalam PKR berhubung keputusan membatalkan jemputan Datuk Seri Azmin Ali merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu sebaliknya telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum ini.

“Apa-apa perubahan (keputusan) bukan ugutan dari mana-mana tokoh tetapi mesti dibuat melalui majlis mesyuarat.

“Keputusan ini telah dibuat oleh biro politik dan majlis MPP yang terbuka, bukan keputusan setiausaha agung sebagaimana yang disebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Keadilan Terengganu dan Kelantan di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan timbalannya itu (Azmin) bahawa wujud tangan ghaib di belakang keputusan tersebut, beliau sambil ketawa berkata: “Tengoklah (tangan) dari langit ke atau dari bulan.”

Tambahnya kebanyakan ketua-ketua cabang juga masih mahu konvensyen diteruskan dan hanya ada beberapa tokoh di Sarawak yang membantah.

Beliau yang enggan mengulas lanjut menegaskan bahawa isu tersebut telahpun selesai.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Anwar menekankan bahawa pemilihannya sebagai perdana menteri kelapan telah dibuat secara bersama dalam Pakatan Harapan dan bukan atas kehendaknya sendiri.

Katanya, kesepakatan itu telah diputuskan pada 7 Januari 2018 ketika beliau masih lagi dipenjara.

“Jadi perdana menteri kelapan bukan cadangan saya. Nak ubah…boleh, bawa usul dalam kongres PH. Bagi pihak saya selagi saya diberi amanah sebagai presiden saya akan lakukan sedaya upaya perkuatkan parti. Apabila sampai giliran saya jadi perdana menteri, saya akan tadbir sedaya upaya,” katanya.

Tags: Anwar IbrahimKongres Nasional AMKMohamed Azmin AliPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd