• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Kasih Menteri Besar Perak…

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – UMNO Perak berpendapat video kontroversi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tular antara penyumbang Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai semalam.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, penularan video itu memudahkan lagi kempen BN tanpa perlu memikirkan strategi sukar untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH) pada PRK berkenaan.

“Yang itu (video tular) sebahagian daripadanya. Kami tak perlu kempen, mereka tolong kempen. Video itu sendiri membantu kami.

“Punca utama kemenangan itu adalah faktor calon yang tepat. Kedua adalah kesepaduan pendukung Muafakat Nasional,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemenangan Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng mewakili BN ke atas PH, Karmaine Sardini dan calon lain pada PRK itu.

Sebelum ini, satu rakaman video perbualan Ahmad Faizal ketika membantu calon PH bagi PRK Tanjung Piai, Karmaine Sardini tular mengatakan beliau terpaksa berseorangan berlawan dengan DAP di Perak.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal menyifatkan video tersebut diambil di luar konteks dan sengaja ditular pihak tidak bertanggungjawab.

Saarani berkata, kemenangan itu juga menunjukkan penerimaan rakyat terhadap Muafakat Nasional yang digerakkan BN dan PAS.

Katanya, kempen BN di Tanjung Piai antara kempen PRK paling mudah iaitu hanya menceritakan kegagalan kerajaan.

“Lebih parah lagi calon PH (Karmaine) telah mempersendakan harga sawit dalam kempennya mengatakan harga sawit RM200 bagi 1 tan mencukupi tetapi rakyat bagi mesej bahawa harga itu tidak mencukupi menyebabkan mereka menderita,” katanya.

Saarani berkata, keputusan PRK itu juga menunjukkan rakyat sudah meluat dengan PH walaupun mereka menurunkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen tetapi masih gagal menarik sokongan pengundi. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Faizal AzumuBarisan NasionalMenteri Besar PerakPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Mahu Hasil, Bukan Politik Bising’ – Mohd Fared

‘Rakyat Johor Mahu Hasil, Bukan Politik Bising’ – Mohd Fared

29/06/2026
0

BATU PAHAT - Barisan Nasional (BN) berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan rekod pentadbiran yang boleh dinilai serta...

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd