• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanjung Piai: Referendum Rakyat

oleh
16/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat di Parlimen Tanjung Piai yang telah menunaikan kewajipan dengan keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat ke Parlimen Malaysia. Keputusan memihak kepada Parti MCA di bawah Barisan Nasional. Tahniah diucapkan kepada YB Wee Jeck Seng yang menang bergaya mengalahkan calon lain terutama Pakatan Harapan. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera yang turun padang dan kesepakatan yang ditunjukkan oleh parti-parti blok pembangkang.

2. Kemenangan pembangkang di Tanjung Piai merupakan isyarat jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya mereka sedar sebenarnya mereka gagal dalam memerintah Malaysia dan rakyat tidak lagi termakan dengan harapan dan janji palsu Pakatan Harapan. Tanjung Piai adalah satu referendum rakyat menolak Pakatan Harapan. Jurang majoriti yang meningkat berkali-kali ganda jika dibandingkan dengan PRU-14 lalu memberikan isyarat jelas bahawa:

a. Persefahaman dan kerjasama Muafakat Nasional makin teguh antara UMNO dan PAS seterusnya Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

b. Pengundi PAS menunjukkan setiakawan melalui Muafakat Nasional dan wala’ kepada arahan pimpinan tertinggi untuk mengundi Barisan Nasional, hingga keseluruhan 2962 undi mereka pada PRU-14 diberikan kepada MCA.

c. Orang Melayu Tanjung Piai menolak politik rasis Pakatan Harapan dengan memberikan undi mereka kepada calon bukan Melayu MCA.

d. Orang Cina sudah beralih arah daripada Pakatan Harapan dan mengundi Barisan Nasional setelah melihat kegagalan Pakatan Harapan memerintah negara selama 18 bulan.

e. Anak muda tidak lagi termakan dengan janji-janji manis pemuda Pakatan Harapan yang dicanang Ketua Pemuda Pakatan Harapan, YB Syed Saddiq sepanjang berkempen di Tanjung Piai. Jelas, anak muda mual dan muak dengan janji peluang pekerjaan yang menjadi harapan palsu.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) berharap permuafakatan yang teguh antara blok pembangkang bakal menjadi gagasan pembangkang yang kuat demi menyuarakan denyut nadi rakyat Malaysia ke arah PRU-15 yang bakal menjadi referendum besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan bahawa rakyat menolak Politik Palsu.

Selamatkan Malaysiaku!

#SelamatkanMalaysiaku #SaveMyMalaysia #MuafakatNasional #PemudaIkatan #Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Naib Pengerusi IKATAN Kelantan

Tags: Barisan NasionalDPIMGagasan Sejahteramuafakat nasionalPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

UMNO Dan PAS Digesa Segera Mulakan Muafakat Nasional 2.0 

UMNO Dan PAS Digesa Segera Mulakan Muafakat Nasional 2.0 

25/12/2025
0

KUALA LUMPUR — Desakan agar UMNO dan PAS menghidupkan semula kerjasama Muafakat Nasional (MN) kembali kedengaran, susulan kemelut politik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd