• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Berdepan 6 Tuduhan Hina Islam

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang suri rumah dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini dengan enam pertuduhan kerana memuat naik bahan berunsur menghina agama Islam.

Fadilah Hamid, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS), dituduh melakukan kesalahan melalui akaun Facebook bernama “Fadhilah Abdulhamid” antara Februari dan Mac lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Enam pertuduhan itu dibaca di dalam Mahkamah Sesyen yang berlainan. Tiga pertuduhan dilakukan pada 19 Februari lepas pada kira-kira pukul 11.05 malam, pada 20 Februari lepas pada kira-kira pukul 12.39 tengah hari dan pada 2 Mac lepas pukul 3.38 petang.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, OKS didakwa menggunakan akaun Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

OKS mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Saifulakmal Mod Said di Mahkamah Sesyen 1.

Sementara itu, bagi tiga lagi pertuduhan, OKS didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 1 Mac lepas kira-kira pukul 10 malam, pada 19 Februari lepas kira-kira 8.52 malam dan 4 Mac kira-kira pukul 1.25 tengah hari.

OKS juga mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah di Mahkamah Sesyen 2.

Kedua-dua hakim menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Disember ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohamad Adzhar manakala OKS tidak diwakili peguam.

Tags: facebookhina islamsuri rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Dr Maza Channel yang dikaitkan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd