• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang DUN Selangor Tegang Isu Mansuh PTPTN

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula hari ini sedikit tegang apabila isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dibangkitkan ketika sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2020.

Kekecohan itu tercetus apabila Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail sewaktu perbahasannya menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan janji pemansuhan PTPTN dan tol seperti termaktub di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Mohd Sany Hamzan bangkit mencelah dengan menyatakan bahawa janji tersebut tidak termaktub di dalam manifesto berkenaan.

“Soal pemansuhan tol dan PTPTN ini untuk pengetahuan YB (Yang Behormat) Sungai Ayer Tawar, tak ada dalam janji PH.

“Ini (janji mansuh tol dan PTPTN) Sungai Ayer Tawar kena tanya sahabat baik dari Sijangkang (Datuk Dr. Yunus Hairi) sebab manifesto PAS yang mengatakan hapus PTPTN.

“Jangan tipu, jangan bohong dan jangan fitnah PH. Kalau kita tak berjaya laksana manifesto, tak ada masalah. Kita boleh minta kepimpinan utama minta maaf. Kita masih ada tempoh tiga tahun setengah lagi untuk tunaikan manifesto,” katanya.

Susulan itu, Yunus turut bangkit mencelah dan mengingatkan Sany tentang janji yang dilontarkan PH berhubung pemansuhan tersebut.

“Saya ingatkan Taman Templer kena fokus sikit. Hari ini menang, esok kita hapus PTPTN. Kos tak tinggi, RM6 bilion sahaja, Siapa yang cakap (mengenai janji itu)?” soalnya.

Isu mengenai PTPTN tersebut turut mendapat celahan daripada beberapa ADUN antaranya ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, exco kerajaan negeri, Teng Chang Khim, ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli.

Bagaimanapun bagi meredakan keadaan, Speaker Selangor, Ng Suee Lim meminta Rizam meneruskan perbahasan beliau dan menasihati Ahli Dewan agar mematuhi peraturan mesyuarat. – Sinar Harian

Tags: belanjawan selangor 2020DUN SelangorPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd