• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Sedia Pertimbang Ambil Alih Pelabuhan Bintulu

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak sedia pertimbang untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu, yang kini adalah entiti Kerajaan Persekutuan, persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak diberitahu, hari ini.

Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Datuk Julaihi Narawi berkata, Kerajaan Negeri memandang berat peranan penting sektor pelabuhan dalam menggerakkan ekonomi negeri.

“Untuk tujuan ini Sarawak melalui Kementerian Pelabuhan dan Infrastruktur sedang mengkaji bagaimana cara terbaik untuk pastikan pengurusan pelabuhan dapat diperkukuhkan sesuai dengan perkembangan semasa.

“Termasuk hak Sarawak ke atas Pelabuhan Bintulu, setelah selesai, Sarawak akan ambil langkah-langkah difikir perlu dalam pengambilalihan entiti Persekutuan termasuk Pelabuhan Bintulu ini, kita akan adakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan,” katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan-Jawapan Lisan di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ir. Aidel Lariwoo (GPS-Sadong Jaya) yang ingin mengetahui rancangan Kerajaan Negeri untuk mengambil alih sepenuhnya Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, katanya tanah di mana pelabuhan berkenaan didirikan sekarang adalah hak milik Kerajaan Negeri Sarawak yang dipajak selama 99 tahun bermula 5 Mac, 1983 dengan nilai pajakan RM1.5 juta setahun.

“Maknanya tanah itu setelah tamat tempoh pajakan adalah masih menjadi milik Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya.

Julaihi berkata, Kerajaan Negeri kini memiliki 39.72 peratus daripada saham syarikat senaraian awam berkenaan.

Tags: Pelabuhan Bintulusarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd