• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Bebas Hukuman BAFIA, Tidak Mahu Aktif Politik

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli tidak berminat untuk kembali menyertai politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan buat masa ini.

Menurutnya, beliau mahu berehat dalam tempoh dua hingga empat tahun menjadi orang biasa serta menumpukan kepada keluarga kerana banyak masa dihabiskan ketika aktif politik.

“Sebenarnya mana-mana ahli politik tidak kira Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) jika menang, kehidupan mereka tidak seperti orang biasa dan terpisah dari dunia sebenar dan ada ketikanya lupa daratan.

“Jadi pada zaman PH berkuasa ini, biarlah saya luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga serta berehat daripada politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Rafizi terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Keputusan itu dibuat selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Februari lalu selepas didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut membebaskan seorang kerani bank, Johari Mohamad, atas sabitan dan hukuman sama ke atasnya.

Sementara itu, ditanya jika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bantuannya dalam usaha memantapkan kerajaan, Rafizi berkata, itu hak Anwar dan pihak berkenaan sudah mengetahui sebab beliau menyertai politik sebelum ini.

“Sebenarnya misi kita 10 tahun lalu mahu tukar kerajaan dan bukan untuk menentang kerajaan terdahulu. Lagipun tukar kerajaan bukan penamat dunia dan kita telah buktikan kerajaan PH mampu.

“Tapi memang buat masa ini biarlah saya dan beliau (Anwar) yang bincang berkenaan hal ini walau apa pun keputusannya. Buat masa ini biarlah saya menjadi kawan dan bukan atas dasar politik,” katanya.

Tags: BafiaPKRRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd