• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Tetap Teruskan Sekolah Vernakular

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang bertegas meneruskan sekolah vernakular di negeri itu selepas mendapati banyak faedah daripada sekolah aliran tersebut.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy berkata, sekolah vernakular dapat menerapkan nilai toleransi dalam kalangan pelajar selain meningkatkan perpaduan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga serius meneruskan peruntukan kepada sekolah berkenaan.

“Sejak 11 tahun lalu kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tahunan sebanyak RM12 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Mubaligh, Cina, Persendirian, sekolah Tamil dan bantuan ini akan diteruskan sehingga tahun depan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Ramasamy (DAP- Perai) berkata, demikian ketika menjawab soalan lisan M Satees (DAP- Bagan Dalam) mengenai pendirian kerajaan negeri sama ada akan meneruskan sekolah vernakular atau sebaliknya.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak bersetuju pendapat sesetengah pihak bahawa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan masyarakat Malaysia.

“Berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri, populasi murid sekolah vernakular di Pulau Pinang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu seramai 3,552 orang pelajar selain Cina dan India.

“Ini menunjukkan sekolah vernakular antara platform bagi pembangunan semangat perpaduan rakyat berbilang bangsa di Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya.

“Pada tahun ini, kerajaan negeri menyalurkan RM8.4 juta kepada sekolah mubaligh, Cina, Persendirian dan RM2 juta kepada sekolah Tamil. Kerajaan negeri turut memberi perhatian khusus kepada pendidikan agama Islam menerusi peruntukan tahunan sebanyak RM2.5 juta bagi SAR.

“Bantuan ini disalurkan melalui maahad tahfiz, tadika Islam dan sekolah pondok. Kita harap sekolah di Pulau Pinang dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang tinggi untuk terus memacu pembangunan Pulau Pinang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: DAPP. RamasamyPulau PinangSekolah Vernakular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd