• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjung Piai: Calon BN Selesai Buang Undi

oleh
16/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng antara terawal yang tiba di Pusat Mengundi SJKC Yu Ming 1 dan 2 bagi menjalankan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, hari ini.

Beliau yang ditemani isteri tiba di pusat mengundi berkenaan kira-kira pukul 7.40 pagi.

Selain Wee, pilihan raya hari ini menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini, calon Gerakan Wendy Subramaniam, calon Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, serta dua calon Bebas, Dr. Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Karmaine dijadual mengundi di SK Telok Kerang manakala empat lagi calon lain bukan merupakan pengundi Parlimen Tanjung Piai. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Wee gagal mempertahankan kerusi yang disandang beliau selama dua penggal selepas tewas kepada calon PH dari Bersatu, Allahyarham Datuk Dr. Md Farid Md Rafik.

Dr. Md Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Sebanyak 27 pusat mengundi membabitkan 125 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang ini.

Dalam perkembangan sama, tinjauan Astro AWANI mendapati para pengundi sudah mula menghadiri pusat mengundi seawal jam 7 pagi.

Berikut antara gelagat pengundi yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab pada PRK P. 165 Parlimen Tanjung Piai. – Astro AWANI

Tags: Barisan NasionalPRK Tanjung Piaiwee jeck seng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd