Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

36 Kes Omicron Dikesan...

KUCHING: Varian COVID-19 Omicron dikesan di empat bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan,...

Liga Super: Kedah Tempang...

SKUAD Hijau Kuning berdepan laluan sukar untuk merampas kembali takhta Liga Super apabila...

Pemimpin PAN Cuba Had...

ALOR SETAR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendedahkan...

DAP Ada Hak Yang...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan parti sekular DAP akan mempunyai...

PRK Pilih Wakil Rakyat, Bukan Imam Solat – Tuan Ibrahim

PONTIAN – “Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan hendak pilih imam solat tetapi wakil rakyat,” tegas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengundi Melayu di kawasan Parlimen itu.

Tuan Ibrahim berkata demikian pada ceramah Himpunan Penyatuan Ummah Muafakat Nasional dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Pekan Nanas di sini malam tadi.

Menurutnya, pengundi Melayu diminta tidak keliru dengan keputusan Muafakat Nasional meletakkan calon MCA, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini.

Katanya, langkah mengundi Jeck Seng tidak perlu dibimbangkan walaupun pemimpin MCA Johor itu adalah kaum Cina.

“Pengundi tidak perlu termakan dengan kata-kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ceramahnya pada kempen PRK baru-baru ini.

“Saya nak ingatkan yang kita nak pilih ini bukan imam sembahyang. Kita nak pilih wakil rakyat.

“MCA dalam blok pembangkang dan kita mesti menangkan calon kita untuk kuatkan suara kita di Parlimen,” katanya.


Hadir sama pada himpunan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong da Presiden MIC, Datuk Seri Vigneswaran.

Tuan Ibrahim berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat bercakap tidak menggunakan akal berbeza ketika mereka menjadi pembangkang sebelum ini.

Katanya, DAP yang pernah didampingi PAS sebelum ini sering memutarbelitkan fakta mengenai hubungan MCA dalam Muafakat Nasional.

“PAS menolak DAP bukan kerana parti Islam itu rasis, sebaliknya parti cauvinis itu dilihat terlalu ekstrim dan suka membangkit perkara bersifat perkauman,” katanya. – Sinar Harian

Kategori