• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tak Boleh Sebarangan Periksa Telefon Bimbit – Musa

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis tidak boleh sebarangan memeriksa telefon bimbit orang awam melainkan terdapat aduan yang dibuat membabitkan perkakas elektronik itu.

Bekas ketua polis negara, Musa Hassan berkata hanya dengan tujuan siasatan berdasarkan aduan yang dibuat, barulah pihak polis berhak untuk memeriksa telefon bimbit seseorang individu.

“Harus ada laporan polis yang dibuat terhadap seseorang, dan mereka menyiasat orang itu, atau polis mengesyaki seseorang terlibat dalam jenayah dan sedang menyiasatnya.

“Polis tidak boleh sesuka hati menahan “Tom, Dick atau Harry” dan meminta telefon bimbit mereka untuk diperiksa,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata polis mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam bagi memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan.

Katanya, perkara itu dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Musa menambah, pihak polis masih memerlukan kebenaran daripada timbalan pendakwa raya bagi membolehkan mereka mengambil telefon bimbit seseorang untuk tujuan siasatan.

Beliau berkata kebanyakan individu menyimpan data peribadi seperti nombor akaun bank dalam telefon mereka, yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

“Tiada seorang pun harus mempunyai akses kepada data ini kerana ia dilindungi oleh undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Peguam Foong Cheng Leong mengakui AKM membenarkan carian tanpa waran, tetapi menjelaskan ia hanya boleh dilakukan oleh pegawai berpangkat inspektor dan ke atas.

Beliau berkata pencarian tanpa waran boleh dilakukan jika pegawai itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kelewatan dalam memperoleh waran geledah akan menjejaskan penyiasatan seperti bukti dirosakkan atau dimusnahkan pemiliknya.

Dalam kes sedemikian, katanya, pihak polis boleh mengambil telefon tersebut terlebih dahulu untuk diperiksa kemudian, dan keengganan memberi kerjasama boleh menyebabkan seseorang itu ditahan kerana menghalang tugas polis.

“Individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam,” kata beliau.

Namun beliau turut menegaskan kuasa untuk merampas atau memeriksa telefon bimbit seseorang mesti bertujuan siasatan, polis tidak boleh sebarangan meminta telefon bimbit dan memeriksanya.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Jerald Joseph pula berpandangan telefon bimbit yang diambil daripada orang awam harus bertujuan siasatan yang relevan.

“Katakan anda dituduh menumbuk seseorang, maka telefon anda tidak relevan dengan kes itu.

“Sekiranya polis memanggil anda dan meminta telefon anda, anda harus meminta penjelasan kenapa mereka berbuat demikian dan anda disiasat di bawah undang-undang apa?” katanya.

Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya pemilik berada bersama polis ketika telefon bimbitnya diambil, melainkan individu itu ditangkap dan dalam masa sama telefon bimbitnya dirampas.

“Lebih baik juga kalau dapat wajibkan perintah mahkamah untuk pemeriksaan telefon bimbit, namun ia mungkin mengambil masa yang lama.

“Oleh itu, perlu ada sebab yang kuat dalam prosedur dalaman polis untuk telefon bimbit supaya diperiksa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy menyatakan kebimbangan mengenai privasi individu kerana tidak akan ada had kepada pihak berkuasa untuk mengakses, termasuk gambar atau mesej peribadi yang mungkin tidak berkaitan dengan siasatan polis.

Sehubungan itu, beliau meminta peruntukan undang-undang itu disemak semula.

“Keengganan untuk mendedahkan kandungan telefon harus dianggap sebagai hak untuk berdiam diri ketika disoal siasat oleh pihak berkuasa,” katanya. – FMT

Tags: Musa Hassanpolistelefon bimbit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd