• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Panggil Kumpulan Bawa Balik Abu Mayat Chin Peng

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tindakan untuk memanggil kumpulan yang membawa pulang abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Perak pada 16 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya masih lagi menyiasat pihak yang membawa masuk abu mayat berkenaan kerana kejadian sudah lama sejak September lalu.

“Jadi ambil masa untuk kita siasat. Kita sudah bagi kenyataan semalam.

“Saya tidak mahu ulas lebih lanjut kerana siasatan sedang dijalankan…tunggu hasil siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah, di sini hari ini.

Polis memaklumkan telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat bagaimana abu mayat Chin Peng itu boleh lolos ke Malaysia dari Thailand.

Siasatan kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 504, 505 B Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berdasarkan laporan media Thailand, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia di usia 90 tahun iaitu pada 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua.

Terdahulu, kumpulan penyelaras yang menguruskan abu mayat Chin Peng pulang ke negara ini sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.

Ketuanya, Chai Kan Fook, 81, berkata, pihaknya tiada halangan untuk membantu polis sekiranya dipanggil memberi keterangan selepas membawa pulang abu berkenaan dari Thailand ke Malaysia, 16 September lalu.

Tags: abu mayatChin Pengparti komunis malayapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Samakan Sambutan Ketibaan Ketua Junta Myanmar Dengan Rundingan Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Mengelirukan

Samakan Sambutan Ketibaan Ketua Junta Myanmar Dengan Rundingan Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Mengelirukan

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan tindakan membandingkan sambutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd