• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Didakwa Sebabkan Kematian Pelajar

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Seorang pemandu bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan pengaruh dadah dan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian seorang remaja, Khamis lepas.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, S. Peter Paul, 49, didakwa memandu bas persiaran di jalan raya dan berada di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan seterusnya menyebabkan kematian seorang remaja yang menunggang motosikal, Muhammad Saifullah Mohammad Hafiez, 16 tahun.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan Dato Ismail Hashim dalam daerah Barat Daya di sini pada 6.30 petang, 7 November lalu.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin atas alasan perbuatan yang dilakukan tertuduh amat serius.

Bagaimanapun, peguam S Yagoo yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh hanya bekerja sambilan dan merupakan seorang bapa tunggal yang perlu menyara tiga orang anak dan ibunya.

Peguam itu berkata anak guamnya hanya berpendapatan RM1,400 sebulan dan memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM10,000.

Majistret Ahmad Tajudin Zain kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Dis ini untuk sebutan kes.

Dalam kejadian Khamis lepas, seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle di Bayan Lepas.

Difahamkan, sebuah bas yang datang dari arah Persiaran Kelicap hilang kawalan selepas melalui simpang berkenaan merempuh motosikal sebelum merempuh sebuah kereta.

Tags: dadahkemalangan baspelajar maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd