• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Akmal Nasir Disimbah Cat, Dicampak Bangkai Ayam

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir disimbah cat merah.

Malah, bangkai ayam turut diletakkan di perkarangan pejabat beliau.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, perkara itu diketahui awal pagi tadi.

“Saya telah dimaklumkan oleh staf saya yang tiba jam 7.20 pagi untuk masuk ke pejabat bahawa pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru telah disimbah cat dan seekor bangkai ayam beserta mesej ugutan kepada saya telah dicampak didepan pintu,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Tambah beliau, satu laporan polis telah pun dibuat oleh kakitangannya berhubung insiden berkenaan.

Motif kejadian masih disiasat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Akmal sebelum ini menggesa Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kepimpinan yang membuat kenyataan keterlaluan dan bertindak di luar batasan parti.

Perkara itu dizahirkan beliau di sebalik kemelut yang dihadapi PRK yang dilihat sedang berantakan.

“Memang kita parti yang reformis, demokrasi. Tapi kalau di luar keterbatasan, anda mesti bersedia untuk dihadapkan ke lembaga disiplin parti.

“Pada masa ini bagi saya, pimpinan parti kena tumpu pada isu rakyat dan fokus pada suara anak muda,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Pimpinan Pusat AMK.

Akmal Nasrullah mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menasihati pemimpin PH agar menyuarakan pandangan melalui jawatankuasa parti masing-masing bagi mengelak tanggapan tidak baik terhadap muafakat gabungan tersebut.

Tags: Akmal NasirAMKbangkai ayamdisimbah catPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd