• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Terus Cabar Sekolah Vernakular Di Mahkamah Tinggi

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selepas gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan, peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bakal memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi bagi mencabar dari segi perlembagaan kewujudan sekolah vernakular.

Mohd Khairul Azam berkata, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan isu undang-undang sama ada Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.

“Saya telah pada hari ini mengarahkan pasukan peguam saya untuk memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

“Ini menunjukkan bahawa sesetengah laporan media tempatan adalah tidak betul dan mengelirukan.

“Kononnya tindakan saya untuk mendapatkan deklarasi bahawa sekolah vernakular adalah tidak sah, telah pun diputuskan meritnya oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairul Azam berkata, tindakan baharunya itu (failkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi) menunjukkan bahawa Mahkamah Persekutuan belum lagi memutuskan sama ada Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak.

Dalam usul yang difailkan pada 23 Oktober lalu, peguam itu memohon perisytiharan daripada Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan Parlimen meluluskan pindaan kepada Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 supaya kewujudan sekolah vernakular diteruskan adalah tidak mengikut perlembagaan.

Pada 11 November, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed menolak permohonan Mohd Khairul Azam untuk memperoleh kebenaran bagi mencabar dari segi perlembagaan kewujudan sekolah vernakular.

Beliau berkata, perkara yang dikemukakan itu perlu dimulakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya terus ke Mahkamah Persekutuan.

Mohd Khairul Azam memfailkan usul tersebut dengan menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Pendidikan selaku responden. – Sinar Harian

Tags: Mahkamah TinggiPeguamSekolah Vernakular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd