• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Saran Gugurkan Guan Eng Jika Mahathir Rombak Kabinet

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyarankan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng antara menteri yang perlu digugurkan sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu melakukan rombakan Kabinet.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya mengalu-alukan rombakan Kabinet dan mahu perkara itu disegerakan.

“Kita mengalu-alukan rombakan Kabinet dan lagi segera lagi baik.

“Siapa perlu dirombak? Menteri Kewangan. Hari ini orang buat ‘survey’ dalam talian, sudah beribu yang mahu Menteri Kewangan ditukar,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, Guan Eng juga kerap menyalahkan kerajaan lama sedangkan sudah hampir dua tahun mereka mentadbir kerajaan.

“Kenyataan Menteri Kewangan asyik menyalahkan kerajaan lama, ini sudah hampir dua tahun masih menyalahkan kerajaan lama.

“Saya fikir mana-mana kerajaan kita ambil alih dan terpaksa membiayai dan fokus kepada masa depan,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir menyatakan beliau akan menimbang desakan agar rombakan Kabinet dibuat selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Sabtu lalu.

Menurut Perdana Menteri, beliau akan mendengar pandangan Majlis Presiden PH berhubung desakan berkenaan.

Begitupun, rombakan itu akan mengambil masa kerana memerlukan penelitian yang sempurna sebelum mengubah kedudukan menteri-menteri sedia ada. – Sinar Harian

Tags: Lim Guan Engmenteri kewanganPASTuan Ibrahim Tuan Man
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd