• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Lemah Dalam Komunikasi – Mahathir

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kelemahan komunikasi yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan kejayaan-kejayaan dicapai pihaknya dalam tempoh pentadbiran yang singkat tidak disampaikan sebaiknya.

Beliau menjelaskan, jika dibandingkan kejayaan dicapai dalam tempoh hampir dua tahun, ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan.

“Satu daripada masalah yang kerajaan ini hadapi adalah kelemahan dari sudut komunikasi dan memberitahu akan kejayaan yang berjaya kita lakukan.

“Jika dilihat sebenarnya kerajaan PH berjaya membuat perubahan lebih baik daripada mana-mana kerajaan yang lain dengan tempoh pentadbiran hampir dua tahun ini, contohnya seperti peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang lebih baik daripada kerajaan sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, dalam tempoh setahun lapan bulan di bawah kepimpinannya, perubahan telah dibuat khususnya dalam menangani isu rasuah bagi menjadikan kerajaan lebih berkesan dalam urusan pentadbiran.

“Sudah tentu kita dapat kurangkan amalan rasuah walaupun ini menimbulkan perasaan tak senang oleh mereka, yang dulu dapat bantuan rasuah.

“Kita (berjaya) kurangkan di peringkat atasan melibatkan berbilion ringgit, sekarang tidak ada. Di peringkat bawahan masih ada berlaku tetapi amat berkurangan,” katanya.

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd