• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tetap Turun Ke Tanjung Piai Walau Pengiring Ditarik Balik

oleh
10/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata penarikan balik pengiring trafik bermotosikal tidak mematahkan semangat untuk turun berkempen di Tanjung Piai.

Beliau berkata dia mempunyai kewajipan untuk turun membantu kempen calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng dan menolak “kerajaan yang tidak ada harapan”.

“Pengiring polis saya ditarik balik waktu Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, mungkin nak cegah dan lemahkan semangat saya untuk turun menyokong calon BN di Tanjung Piai.

“Saya nak beritahu kepada mereka, tak ada ‘out rider’, saya tetap turun ke Tanjung Piai,” katanya ketika berucap di satu majlis di Tenggayun hari ini.

Semalam, dilaporkan pihak polis tidak akan lagi memberi perkhidmatan pengiring trafik bermotosikal kepada Najib. Ini menurut surat dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pegawai khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Azisman Alias mengesahkan surat itu. Beliau menjelaskan Najib masih boleh memohon penggunaan pengiring trafik bermotosikal untuk urusan rasmi.

Sementara itu, Najib berkata sambutan di Tanjung Piai “sangat luar biasa” hinggakan hampir 4,000 orang datang mahu bersamanya di sebuah pasar raya di Pekan Nanas.

Bekas presiden UMNO itu berkata keadaan itu tidak berlaku apabila Tanjung Piai dikunjungi pemimpin Pakatan Harapan.

“Tak berapa ramai orang dan ada tiang besar depan Mohamad Sabu (presiden Amanah) – seperti berucap kepada tiang-tiang.

“Saya pun tak faham saya lebih popular dari dulu,” katanya.

Najib berkata pilihan raya kecil ini peluang rakyat memberi isyarat bahawa Barisan Nasional mahu menawan Putrajaya.

“Saya tak sesiapa sabotaj. Ahli parti mesti disiplin serta wala’. Terima konsep wala’, kita boleh menang. Kalau calon kita dari MCA, yang untung BN. UMNO juga untung,” katanya. – FMT

Tags: Barisan NasionalNajib Tun Razakpengiring trafikPRK Tanjung Piai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd