• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Mohon Maaf Jika Penyokong Indonesia Diancam

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Pemuda Dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia akan meminta penjelasan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berhubung tindakan penyokong Malaysia yang mengancam serta melakukan provokasi terhadap penyokong Indonesia ketika berakhirnya perlawanan antara kedua-dua pasukan dalam aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Setiausaha Kemenpora, Gatot S Dewa Broto berkata, jika benar adanya ancaman tersebut, Malaysia perlu memohon maaf kepada semua penyokong Indonesia.

Selepas berakhirnya perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan, penyokong skuad Garuda didakwa diprovokasi oleh penyokong Malaysia di luar stadium sehingga berlaku kekecohan termasuk dibaling dengan botol.

Akibat daripada insiden tersebut, penyokong Indonesia tidak dibenarkan meninggalkan stadium dan hanya boleh berbuat demikian apabila keadaan sudah kembali terkawal.

“Kami belum dapat laporan lengkap dari PSSI kerana mereka tidak memberitahu mengenai perkara tersebut kepada kami.Tapi yang jelas kami akan lihat kembali insiden tersebut.

“Esok akan ada pertemuan antara kami dan PSSI dan kami akan tanyakan mereka mengenai insiden di Kuala Lumpur itu,” katanya dipetik daripada sebuah portal berita Indonesia.

Gatot turut tidak menolak kemungkinan akan melaporkan insiden tersebut sekiranya ia benar-benar terjadi.

“Kita (lihat) bagaimana perkembangannya kerana semasa di Stadium Gelora Bung Karno, ia sangat besar dan memalukan. Tetapi kita akan lihat dulu jika sangat serius kami akan menghantar surat kepada FIFA.

“Tapi sebenarnya jika insiden itu kecil atau besar sekali pun, pemerintah di sana (Malaysia) setidaknya mengutus surat lah (permintaan maaf),” ujarnya.

Tags: bola sepakpenyokong indonesiapenyokong malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd