• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Jangka BN Menang Tapi Majoriti Tak Lebih 2,000 Undi

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad memang sudah menjangkakan calon Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam kenyataan selepas dua hari Pakatan Harapan (PH) kalah di Tanjung Piai berkata, jangkaannya majoriti kekalahan tidak lebih daripada 2,000 undi.

Namun keputusan rasmi majoriti kekalahan ialah sebanyak 15,086 undi.

“Saya ambil maklum keputusan pilihanraya kecil Parlimen Tanjung Piai yang diadakan baru-baru ini.

“Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan. Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak lebih dari 2,000 undi,” kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

Menurutnya, satu post-mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan pilihan raya kecil ini.

Beliau turut mengucap terima kasih kepada mereka yang bekerja keras sepanjang pilihan raya kecil tersebut.

Parlimen Tanjung Piai kembali menjadi milik Barisan Nasional apabila calonnya Datuk Seri Wee Jeck Seng memperoleh 25,466 undi, mengalahkan calon Pakatan Harapan, Karmanie Sardini yang meraih 10,380 undi pada PRK baru-baru ini.

PH gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Datuk Dr. Md Farid Md Rafik pada 18 bulan lalu.

Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Md Farid, yang juga dari Parti Bersatu Pribumi Malaysia memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru

PRK itu diadakan susulan kematian Md Farid pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Tags: Barisan NasionalMahathir Mohamadpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd