• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Ibarat Kelapa, Makin Tua Makin Menjadi – Hadi

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengulangi pendirian akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam membawa kemajuan kepada negara ketika berlaku ketidaktentuan politik negara hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi jaminan kesemua 18 Ahli Parlimen dari parti itu akan bersatu hati untuk memberi undi percaya atau menyokong usul undi percaya jika ia dikemukakan di Parlimen.

Ahli Parlimen Marang itu ketika ditemui di lobi Parlimen turut memuji kemampuan Perdana Menteri melakukan pelbagai transformasi bagi menyelamatkan negara.

Beliau turut mengakui silap menilai kemampuan Perdana Menteri apabila mendakwa Dr. Mahathir lebih sesuai berkhidmat di Klinik 1Malaysia berbanding menyertai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Pendirian kita supaya Dr. Mahathir Mohamad terus kekal sehingga habis penggal. Itu pendirian asas kita walaupun masa Pilihan Raya (Umum) lalu, saya pernah sebut beliau tolong jaga Klinik 1Malaysia tetapi nampaknya makin tua makin menjadi, ..tua-tua kelapa, makin tua makin kemas untuk selamatkan negara. Orang lain belum tentu dia (Dr. Mahathir) sudah tunjukkan bukti positif.

“Kita akan memberi undi percaya kepada Tun (Dr. Mahathir),” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya pendirian parti itu berhubung pertemuan sulit antara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Sebagai parti yang mempromosikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, Abdul Hadi berkata tindakan itu ibarat perasaan cemburu antara satu sama lain.

“Saya rasa itu macam orang cemburu satu sama lain, itu terpulang parti lain… kepercayaan sama sendiri itu penting… masing-masing dapat menangani (masalah) parti berdasarkan apa yang ada dalam parti masing-masing,” katanya. – BH Online

Tags: Abdul Hadi AwangMahathir MohamadPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching hari ini membentangkan perkembangan terkini berkaitan isu...

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd