• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Dengar Tapi Tidak Tahu Apa Yang Dibincangkan

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar mengenai pertemuan sulit di antara 22 ahli Parlimen Barisan Nasional, lima ahli Parlimen PKR di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di Putrajaya, malam tadi.

Beliau bagaimanapun memberitahu tidak mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka ketika pertemuan tersebut.

Enggan mengulas lanjut, beliau mengulangi jawapan yang sama sebanyak dua kali ketika diminta mengesahkan sama ada Pengerusi Bersatu itu mengetahui mengenai pertemuan yang telah dijadualkan di kediaman Azmin malam tadi.

“Saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tidak tahu apa yang dibincangkan,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Kongres & Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2019 (PIPOC 2019) di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Malam tadi sekumpulan 22 wakil rakyat BN hadir di kediaman rasmi di Putrajaya dan antara yang dilihat hadir Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor juga Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran).

Pertemuan kira-kira dua jam itu turut dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan empat ahli Parlimen PKR yang lain.

Dipercayai pertemuan tersebut adalah untuk mempertahankan kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri seleps Pakatan Harapan mengalami kekalahan teruk di Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Ramai pemimpin PH menyalahkan Dr. Mahathir di atas kekalahan tersebut bagaimanapun beliau hebat dipertahankan oleh Azmin.

Tags: Ahli ParlimenMahathir MohamadMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd