• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pakai Plakad ‘PH Janji Kosong’ Bikin Kecoh

oleh
16/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Seorang lelaki memakai plakad berwarna kuning di badannya mencetuskan kontroversi apabila cuba membuat provokasi ke atas penyokong Pakatan Harapan (PH) di hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pagi tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di hadapan pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming, Pekan Nanas di sini.

Sinar Harian difahamkan terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dengan sengaja melintasi kawasan penyokong PH yang berada lebih 50 meter dari hadapan kawasan pengundian itu.

Difahamkan, lelaki berkenaan memakai plakad bertulis ‘PH janji kosong’ dan tindakannya melintasi kumpulan penyokong PH mengundang kemarahan mereka.

Beberapa individu daripada kumpulan penyokong PH berkenaan kemudiannya mengejar lelaki itu dan memintanya menanggalkan plakad dipakai pada badan, namun enggan dituruti.

“Saya rakyat Malaysia, saya punya suka mau pakai apa,” kata lelaki itu kepada penyokong PH berkenaan.

Lelaki berkenaan kemudiannya terus berjalan melintasi kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) pada jarak 20 meter dari kawasan kumpulan penyokong PH sebelum diberi sorakan oleh mereka.

Bagaimanapun, terdapat tiga anggota polis kemudiannya mengejar lelaki terbabit dan mengarahkannya membuka plakad berkenaan kerana bersifat provokasi dan boleh mencetuskan ketegangan.

Beberapa anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya turut memberi amaran kepada lelaki itu atas tindakan provokasi dibuat dan memintanya beredar.

Keadaan kembali tenang setelah sekumpulan anggota polis hadir untuk mengawal keadaan. – Sinar Harian

Tags: pakatan harapanPlakadPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd