• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keterangan Bersumpah: Anwar Tak Berani Macam Najib – Chegubard

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pilihan bekas Perdana Menteri untuk memberi keterangan bersumpah membuktikan dirinya lebih berani berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas ahli PKR.

Badrul Hisham Shaharin mendakwa ia terbukti apabila Presiden PKR itu semasa berhadapan dengan kes liwatnya sebelum ini bukan sahaja tidak berani mengambil pendekatan yang sama untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, sebaliknya hanya memberikan kenyataan di luar kandang tertuduh, apatah lagi sering mengelak untuk mengulas lanjut secara terbuka berkenaan isu itu.

Berbeza dengan Datuk Seri Najib Razak, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, bekas Perdana Menteri itu lebih terbuka mengulas pertuduhan yang dihadapkan kepadanya bersabit kes SRC International Sdn. Bhd. dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“@NajibRazak jauh lebih berani dari @anwaribrahim kerana bila dipanggil bela diri dia pilih untuk berada dalam kandang dan beri kenyataan dalam sumpah serta sedia disoal terbuka.

“Anwar dalam kes liwatnya tak berani dan hanya beri kenyataan bertulis luar kandang tak sumpah dan takut disoal terbuka,” tulisnya menerusi Twitter.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan Najib untuk membela diri terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Mohd Ghazali berkata, Najib mempunyai kepentingan dalam SRC Internatinal dan kawalan penuh menyebabkan RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bagi kepuasan beliau.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini turut memuji tindakan Najib yang berani berusaha membuktikan dirinya tidak bersalah.

Anwar pula menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi itu merupakan permulaan yang baik, membuktikan pendakwaan terhadap Najib mengikut lunas undang-undang. – MalaysiaGazette

Tags: Anwar Ibrahimberi keterangan bersumpahChegubardNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd